SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2022

1. Calon warganegara Malaysia.

2. Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia.

3. Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

4. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.

5. Calon lahir pada 2 Jan 2009 hingga 1 Jan 2010 bagi calon Tingkatan 1 2022 atau lahir pada 2 Jan 2006 hingga 1 Jan 2007 bagi calon Tingkatan 4 2022.

6. Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.

7. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

8. Untuk maklumat tambahan, sila rujuk Syarat dan Pilihan Program MRSM yang disediakan di pautan ini.

PEMBERITAHUAN

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi data peribadi anda selaras dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
(“Akta 709”) yang telah berkuatkuasa.

PANDUAN PERMOHONAN KE MRSM TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2022

1. Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan MRSM sebelum membuat permohonan secara dalam talian.

2. Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan MRSM.

3. Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah dibawah tanggungjawab masing-masing.

PERAKUAN PERMOHONAN

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya memahami semua maklumat yang dilampirkan untuk permohonan MRSM Tingkatan 1 & 4 tahun 2022.

Setuju


Copyright © Majlis Amanah Rakyat 2021